Seohyun (SNSD) Raih 3 Juta Pengikut Instagram - K Pop | mStar

Seohyun (SNSD) Raih 3 Juta Pengikut Instagram

Diterbitkan: Isnin, 30 Mei 2016 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

AHLI kumpulan Girl's Generation, Seohyun meraih seramai 3 juta pengikut di laman sosial Instagram miliknya @seojuhyun_s.

Penyanyi ini membuka akaun tersebut sejak Oktober 2014 dan sekitar setahun dia berjaya meraih sejuta pengikut di serata dunia.

Di akaun Instagramnya, Seohyun sering memuat naik pelbagai aktiviti sehariannya sebagai artis. Dia juga sering memuat naik gambar bersama ahli-ahli kumpulannya yang lain.

Selain itu, foto-fotonya sering mendapat komen positif netizen dan mendapat pujian terhadap kecantikannya.

Dia turut menerima ucapan tahniah daripada pengikut Instagram kerana berjaya meraih jumlah pengikut yang ramai.

Tags / Kata Kunci: Seohyun

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan