IOI Dikecam Peminat Kerana Masalah Disiplin - K Pop | mStar

IOI Dikecam Peminat Kerana Masalah Disiplin

Diterbitkan: Sabtu, 14 Mei 2016 12:30 AM

IOI dikecam kerana lewat hampir dua jam ketika mengadakan persembahan.

(Ubah saiz teks)

KUMPULAN IOI dikritik hebat oleh peminat apabila mereka dilaporkan lewat hampir dua jam semasa mengadakan persembahan di Universiti Sejong baru-baru ini.

Allkpop melaporkan peminat berang kerana IOI sepatutnya muncul sebagai artis pertama membuat persembahan namun gara-gara kelewatan mereka ia terpaksa diganti oleh penyanyi lain.

IOI dalam satu laporan pula memberitahu alasan mereka lewat adalah kerana terlibat dalam rakaman program Late Marriage yang hanya berakhir pada pukul 10 malam.

"Jika 1,000 orang menunggu hampir dua jam seperti kami telah membazirkan 1500 jam. Mereka sepatutnya memulangkan kembali wang kami," kata salah seorang peminat.

Tags / Kata Kunci: IOI
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan