Park Min Young Dikecam Kerana Pembedahan Plastik

Diterbitkan: Rabu, 20 April 2016 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

AKTRES Park Min Young kembali menjadi mangsa kecaman netizen apabila sebuah foto percutiannya di sebuah pantai tersebar.

Dalam foto berkenaan bahagian dadanya terlihat jelas sehingga membuatkan netizen beranggapan dia melakukan pembedahan plastik pada payudara.

Rata-rata netizen berpendapat payudara milik pelakon berusia 30 tahun itu kelihatan seperti palsu.

Pelakon drama Dr Jin itu pernah terkait dengan kontroversi melakukan pembedahan plastik pada wajah dan tidak mustahil dia turut melakukan perkara yang sama pada payudara.

"Payudaranya nampak mencurigakan dan seperti sudah melakukan pembedahan plastik. Hidupnya benar-benar berubah dan kecantikan bersandarkan kepada pembedahan plastik semata-mata," ujar netizen.

Tags / Kata Kunci: Park Min Young

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan