Ryeowook (Super Junior) Tinggalkan Karier Sebagai Penyampai Radio

Diterbitkan: Isnin, 11 April 2016 12:30 AM

Ryeowook tinggalkan karier sebagai penyampai radio ekoran perlu menjalani latihan tentera pada Jun depan.

(Ubah saiz teks)

ANGGOTA kumpulan Super Junior, Ryeowook mengambil keputusan untuk meninggalkan kariernya sebagai penyampai radio selepas berkhidmat selama lima tahun di KBS Cool FM.

Soompi melaporkan keputusan itu dibuat Ryeowook ekoran dia bakal menyertai latihan ketenteraan dalam masa beberapa bulan lagi.

"Ia keputusan yang sukar saya perlu buat tetapi terima kasih kepada semua pendengar yang memberi sokongan terhadap saya selama ini.

"Saya berharap dapat meneruskan karier sebagai penyampai radio tetapi keputusan perlu dibuat bagi kepentingan semua pihak," katanya.

Penyanyi itu juga bakal bersiaran sehingga 24 April ini.

Dalam pada itu, Ryeowook berkata, sebelum mendaftarkan diri sebagai tentera pada Jun depan, dia ingin menghabiskan masa bersama keluarganya.

Tags / Kata Kunci: Super Junior , Ryeowook

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan