Foto Song Joong Ki Digunakan Pada Wang Mainan Untuk Acara Pengebumian - K Pop | mStar

Foto Song Joong Ki Digunakan Pada Wang Mainan Untuk Acara Pengebumian

Diterbitkan: Ahad, 10 April 2016 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

SEIRING dengan populariti aktor Song Joong Ki, wajahnya bukan sahaja berada di pelbagai media, malah turut digunakan di wang mainan.

Namun, ia bukan sekadar wang mainan biasa sebaliknya wang mainan yang digunakan untuk pembakaran dalam upacara pengebumian atau digelar wang hantu.

Wajah Joong Ki yang digunakan pada wang permainan.

Melihat keadaan itu, peminat kepada aktor ini meluahkan rasa kecewa dan sedih serta menganggap sebagai tidak sopan.

"Ini benar-benar inovasi bisnes yang ekstrim, mereka gunakan wajah Song Joong Ki semata-mata untuk melariskan wang hantu tersebut," ujar peminat.
Tags / Kata Kunci: Song Jong Ki
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan