Ahn Jae Hyun Jadi Popular Di Twitter Selepas Umum Kahwin

Diterbitkan: Sabtu, 9 April 2016 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

PASANGAN pelakon Ku Hye Sun dan Ahn Jae Hyun mengumumkan untuk berkahwin pada 21 Mei depan selepas berpacaran selama setahun.

Khabar tersebut membuatkan peminat-peminatnya gembira dan teruja hingga topik tersebut menjadi popular di media sosial termasuk Twitter.

Naman Ahn Jae Hyun menjadi topik popular atau trending di Twitter Korea selepas peminat-peminatnya mengucapkan tahniah atas perkahwinan yang bakal berlangsung.

Namun, sebilangan netizen tidak percaya dengan berita yang diumumkan dan menganggap ia sebagai keputusan terburu-buru.

Terdahulu, media Sports DongA melaporkan kedua-dua keluarga pasangan itu sudah bertemu dan merancang pernikahan.

Tags / Kata Kunci: Ahn Jae Hyun

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan