Sulli 'Unfollow' Semua Rakan Di Instagram

Diterbitkan: Khamis, 7 April 2016 12:30 AM

Sulli menimbulkan tanda tanya peminat apabila bertindak berhenti mengikut (unfollow) akaun 80 rakan-rakannya di Instagram.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Sulli pada Rabu dilihat bertindak berhenti mengikut (unfollow) 80 akaun rakan-rakannya di Instagram.

Soompi melaporkan, selain teman lelakinya iaitu Chioza, Sulli turut berhenti mengikut akaun rakan-rakan artis dan pihak pengurusannya, SM Entertainment.

Sulli tidak mengikut mana-mana akaun di Instagram.

Tindakannya itu menimbulkan rasa curiga di kalangan peminat yang tertanya-tanya berhubung punca sebenar Sulli berbuat demikian.

Bagaimanapun, ada yang berpendapat akaun Instagram milik Sulli telah diceroboh oleh pihak tertentu seperti mana berlaku kepadanya sebelum ini.

Tags / Kata Kunci: Sulli

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan