Suho (EXO) Tak Pernah Dilanda Kontroversi

Diterbitkan: Isnin, 28 Mac 2016 12:30 AM

Suho memberitahu kesibukannya bersama kumpulan EXO menyebabkan dia tidak pernah dilanda sebarang kontroversi.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Suho menyifatkan kesibukannya bersama kumpulan EXO menyebabkan namanya tidak pernah dilanda sebarang gosip atau pun kontroversi.

Suho atau nama sebenarnya Kim Joon Myeon berkata, dia bersyukur masih dapat mengekalkan imej baik kerana sentiasa berpegang kepada pesanan ibu bapanya agar menjaga maruah keluarga.

"Tiada apa yang boleh digosipkan kerana saya sendiri tiada kehidupan peribadi malah saya sangat sibuk dengan jadual bersama EXO.

"Bagaimanapun ia baik untuk saya kerana dapat mengekalkan imej bersih dan sentiasa berpegang kepada pesanan kedua ibu bapa saya agar menjaga nama baik keluarga," katanya seperti dilaporkan Soompi.

Suho bakal muncul dalam filem terbaharu lakonannya berjudul Glory Day yang turut dibintangi oleh Ryu Jun Yeol, Ji Soo dan Kim Hee Chan.

Ia mengisahkan mengenai empat sahabat yang melancong sebelum mereka ditimpa pelbagai kejadian aneh semasa percutian tersebut.

Tags / Kata Kunci: Suho , EXO

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan