Kahi Dedah Foto Bersama Bakal Suami - K Pop | mStar

Kahi Dedah Foto Bersama Bakal Suami

Diterbitkan: Ahad, 20 Mac 2016 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI dan pelakon Park Ji-young atau lebih dikenali sebagai Kahi pada Jumaat mendedahkan gambar bakal suaminya di laman Instagram.

Bersama foto tersebut, Kahi turut memberitahu dan mengesahkan khabar angin tentang pernikahannya yang tersebar dilaman sosial.

Bagaimanapun, Kahi meminta maaf kerana tidak dapat menjelaskan perkara tersebut secara terperinci.

"Ini adalah orang yang akan menjadi suamiku, anda pasti terkejut dengan berita ini, maaf kerana tidak boleh memberitahu secara terperinci tentang majlis itu," tulisnya di kapsyen foto itu.

Tambah Kahi, dia kini sedang sibuk membuat persiapan akhir untuk majlis yang akan dilangsungkan di Hawaii tidak lama lagi.
Tags / Kata Kunci: Kahi

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan