Umji (G-Friend) Menangis Rindukan Ibu

Diterbitkan: Rabu, 16 Mac 2016 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

PENGGUNA internet mengkritik sikap emosi anggota kumpulan G-Friend iaitu Umji yang menitiskan air mata dalam program temubual Immortal Song 2 terbitan stesen televisyen KBS.

Dalam acara itu, Umji meluahkan rasa rindu terhadap ibunya kerana kehidupan yang dilalui sebagai artis membuatkan dia kekurangan masa bersama keluarga.

Tangisan tersebut juga membuatkan bintang-bintang undangan lain tersentuh dan turut mengalirkan air mata.

Bagaimanapun, segelintir netizen tidak senang dengan perkara itu dan menganggap sikap tersebut hanya untuk meraih simpati.

Pelbagai komen mengkritik penyanyi itu terlalu emosi dlama menyampaikan cerita peribadinya.

Rata-rata menganggap cerita Umji itu tidak begitu emosi dan masih ramai lagi selebriti lain yang melalui kehidupan yang lebih sukar sebagai artis.

Tags / Kata Kunci: Umji

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan