Syarikat Pengurusan Jawab Gosip Ahn Jae Hyun Bakal Kahwin

Diterbitkan: Selasa, 15 Mac 2016 12:31 AM

Ahn Jae Hyun dan Ku Hye Sun mula berkenalan selepas sama-sama menjayakan drama bersiri berjudul Blood pada tahun lalu.

(Ubah saiz teks)

SYARIKAT pengurusan Ahn Jae Hyun menyangkal dakwaan aktor berkenaan bakal mendirikan rumah tangga dengan teman wanitanya yang juga pelakon Ku Hye Sun dalam masa terdekat.

Menerusi kenyataan dikeluarkan oleh syarikat berkenaan, pihaknya juga tidak berniat untuk masuk campur terhadap perkara tersebut dan menyerahkan kepada pasangan itu membuat keputusan.

"Kami tidak mengetahui tentang perkahwinan pasangan berkenaan dan ia tidak benar malah pihak syarikat tidak mahu mencampuri urusan peribadi pasangan berkenaan," kata wakil syarikat berkenaan.

Terdahulu pasangan berkenaan secara terbuka mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta selepas bertemu di set penggambaran drama Blood pada tahun lalu.

Berita perkahwinan tersebut tersebar selepas mereka dikatakan sudah berjumpa dengan ibu bapa masing-masing selain merancang berkahwin dalam masa terdekat.

Tags / Kata Kunci: Ku Hye Sun , Ahn Jae Hyun

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan