Konsert Big Bang Berjaya Tarik 1.5 Juta Penonton

Diterbitkan: Selasa, 8 Mac 2016 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

KUMPULAN Big Bang mencipta rekod pencapaian baharu apabila konsert jelajahnya berjudul MADE berjaya mengumpul 1.5 juta penonton.

Kumpulan itu menjelajah 32 buah bandar di 13 negara itu dikatakan mendapat sambutan luar biasa di kalangan peminatnya.

Konsert tersebut berakhir di Seoul, Korea Selatan pada 4 hingga 6 Mac lalu. Ia disiarkan secara langsung menerusi sebuah aplikasi telefon yang boleh ditonton oleh peminatnya di luar negara itu.

Biar konsert MADE sudah berakhir, namun Big Bang sudang mengumumkan untuk mengadakan sebuah lagi konsert bagi merayakan ulang tahun ke 10 pembabitan mereka dalam industri seni.

"Sepanjang 10 tahun ini banyak pahit manis yang kami lalui dan peminat adalah salah satu perkara manis yang banyak menyokong kerjaya kami.

"Kami akan mengadakan sebuah konsert sempena 10 tahun dalam industri di lokasi awam dan terbuka di Korea," ujar ketua kumpulan, G Dragon.

Tambahnya konsert istimewa itu akan diadakan dalam sebuah festival besar-besaran yang akan berlangsung seharian dengan pelbagai aktiviti bersama peminat.
Tags / Kata Kunci: Big Bang

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan