So Yoo Jin Dedah Pernah Alami Keguguran - K Pop | mStar

So Yoo Jin Dedah Pernah Alami Keguguran

Diterbitkan: Khamis, 3 Mac 2016 12:30 AM

Yoo Jin mendedahkan dia pernah mengalami keguguran ketika kandungannya berusia dua bulan.

(Ubah saiz teks)

PELAKON So Yoo Jin mendedahkan dia pernah mengalami keguguran menerusi buku tulisannya berjudul Baby Food Basics for Happy Mom and Baby.

Menerusi buku berkenaan Yoo Jin memberitahu ketika kejadian kandungannya sudah memasuki minggu kelapan dan ia menyifatkan ia peristiwa menyedihkan dalam hidupnya.

Dedahnya lagi dalam buku berkenaan, dia kembali mengandung selepas dua bulan keguguran dan mengakui menghadapi cabaran ketika hamil.

"Saya gembira apabila diberitahu saya hamil kembali tetapi kehadiran darah dalam uterus saya menyebabkan saya terpaksa dimasukkan ke hospital.

"Demi memastikan anak dalam kandungan saya selamat, saya berhenti daripada mengacarakan program radio dan ditahan selama dua minggu di hospital bagi memastikan bayi dalam perut benar-benar stabil," katanya seperti dilaporkan Soompi.

Tambahnya, sepanjang hamil doktor turut mengarahkan dia berehat dirumah namun bersyukur selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Yong Hee.

Tags / Kata Kunci: So Yoo Jin

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan