Jisoo Tihati Ditawar Kerja Sambilan Sebagai GRO

Diterbitkan: Sabtu, 20 Februari 2016 12:30 AM

Jisoo

(Ubah saiz teks)

AHLI kumpulan Tahiti iaitu Jisoo mendedahkan dia diganggu ndividu yang menawarkan perkhidmatan sebagai pegawai perhubungan pelanggan atau GRO dengan bayaran tinggi.

Jisoo berkata, individu tersebut menghantar mesej menerusi Instagram dan beberapa komen di gambar-gambar yang dimuat naik di laman foto berkenaan.

Tambahnya, individu itu menawarkan pekerjaan supaya dia menemani beberapa individu berpengaruh sebagai kerja sambilan.

"Mesej ini membuatkan saya rasa tidak selesa. Individu tersebut terus memberi komen di gambar-gambar yang saya muat naik selagi saya tidak membalas mesej peribadi yang dihantar.

"Dia meminta saya untuk bekerja sambilan iaitu berdating dengan seorang individu berpengaruh dengan bayaran yang tinggi," ujarnya.

Dalam pada itu, Jisoo sudah melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis bagi membuat siasatan lanjut tentang pihak terbabit.

Namun, penyiasatan masih menemui jalan buntu berikutan individu tersebut menggunakan alamat internet daripada negara ketiga.

"Polis sukar untuk buat siasatan kerana individu itu menggunakan alamat IP bukan dari Korea. Tidak banyak maklumat yang diterima oleh pihak polis tentang individu itu," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Jisoo Tahiti

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan