Soo Young (Girls’ Generation) Terima Ijazah Perfileman

Diterbitkan: Jumaat, 19 Februari 2016 12:31 AM

Soo Young menitiskan air mata kerana gembira selepas berjaya menamatkan pengajian dalam bidang filem biarpun sibuk dengan kerjaya sebagai selebriti.

(Ubah saiz teks)

ANGGOTA kumpulan Girls' Generation iaitu Soo Young akhirnya berjaya menamatkan pengajiannya dalam bidang filem di Universiti Chung Ang, Seoul baru-baru ini.

Soompi melaporkan, Soo Young mengambil masa tujuh tahun untuk bergelar graduan dan menitiskan air mata ketika menerima ijazahnya itu.

"Saya tahu tempoh untuk menghabiskan pengajian saya agak lama tetapi saya bangga dengan diri sendiri kerana bukan mudah bergelar penuntut universiti dan pada masa sama mempunyai kerjaya dan jadual ketat.

"Sepanjang tempoh itu saya sentiasa bangun awal untuk menghadiri kuliah dan selepas itu bergegar pula untuk persembahan atau pun rakaman album, ia sukar tetapi berbaloi," katanya.

Selain Soo Young (tengah), pelakon Park Shin Hye (kiri) dan Yuri (kanan) turut menerima ijazah mereka.

Dalam pada itu, Soo Young berkata, dia juga gembira kerana rakan baiknya, Yuri turut sama-sama menamatkan pengajian bersama-samanya termasuk aktres Park Shin Hye.

Dia berharap dapat menjadi contoh kepada peminat agar tidak mengabaikan pelajaran dan sentiasa menjadi terbaik.

Pada majlis graduasi tersebut, ketiga-tiga mereka turut diberikan anugerah oleh pihak universiti kerana menjadi duta mempromosikan universiti berkenaan.

"Saya tidak layak untuk anugerah berkenaan tetapi sangat bersyukur pihak universiti memberi penghargaan tersebut," katanya.
Tags / Kata Kunci: Girls' Generation , Soo Young , Yuri

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan