Park Hee Soon & Park Ye Jin Sahkan Sudah Daftar Kahwin

Diterbitkan: Jumaat, 29 Januari 2016 12:31 AM

Park Hee Soon (kiri) dan Park Ye Jin.

(Ubah saiz teks)

DUA bintang filem Korea iaitu Park Hee Soon, 45, dan Park Ye Jin, 34, mengesahkan sudah mendaftarkan perkahwinan masing-masing.

Menurut laporan portal Daily Sports, mereka berbuat demikian untuk mendapatkan sijil perkahwinan yang sah.

Agensi pelakon berkenaan iaitu King Kong Entertainment  turut mengesahkan berita itu sambil memaklumkan pasangan tersebut berbuat demikian pada Jun tahun lalu.

Menurut kenyataan agensi itu, disebabkan peminat tertanya-tanya mengenai desas-desus perkahwinan tersebut, adalah wajar kedua-dua mereka membuat pengumuman perkara berkenaan.

Pasangan itu bercinta sejak 2011 dan mula mendedahkan hubungan mereka di khalayak sejak lima tahun lalu.

Bagaimnanapun mereka dikatakan putus cinta pada tahun lalu sehinggalah kedua-duanya muncul bagi mengesahkan sudah mendaftarkan perkahwinan masing-masing - Koreaboo
Tags / Kata Kunci: Park Hee Soon , Park Ye Jin

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan