Park Hae Jin Terima Bayaran RM38.64 Juta Sebagai Duta Produk

Diterbitkan: Khamis, 28 Januari 2016 12:30 AM

Park Hae Jin mewakili lebih daripada 15 produk sebagai duta dan mendapat bayaran keseluruhan berjumlah RM38.64 juta.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Park Hae Jin dilaporkan menerima bayaran sejumlah AS$9.2 juta (RM38.64 juta) hasil daripada penglibatannya sebagai duta dan jurucakap lebih daripada 15 produk.

Korea Herald melaporkan Park baharu sahaja menandatangani perjanjian sebagai duta produk termasuk 7 Eleven, Beanpole dan Centerpole yang bernilai jutaan ringgit.

Dia juga baharu sahaja memperbaharui kontrak bersama Mind Bridge, Kohler Novita dan Lotte Duty Free.

Park menjadi pilihan syarikat-syarikat berkenaan kerana popularitinya yang bukan sahaja di Korea Selatan malah Jepun, China dan negara Asia lain.

Drama lakonan Park, Cheese in the Trap mendapat sambutan luar biasa sehinggakan 7 Eleven mengeluarkan rangkaian makanan segera berdasarkan peranannya sebagai Yoo Jung dalam drama bersiri berkenaan.

Produk berkenaan turut dipasarkan di China, Thailand, Taiwan dan Jepun.

Tags / Kata Kunci: Park Hae Jin

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan