Hong Soo Hyun Sambung Kontrak Dengan Keyeast - K Pop | mStar

Hong Soo Hyun Sambung Kontrak Dengan Keyeast

Diterbitkan: Rabu, 27 Januari 2016 12:00 AM

Hong Soo Hyun menyambung kontrak bersama syarikat pengurusannya Keyeast.

(Ubah saiz teks)

AKTRES Korea Hong Soo Hyun nampaknya masih lagi setia dengan agensinya iaitu Keyeast.

Soo Hyun mula bernaung di bawah Keyeast sejak tujuh tahun lalu dan untuk tahun ini, dia masih lagi meneruskan kontraknya dengan syarikat pengurusan tersebut.

"Keyeast dan Soo Hyun mudah bekerjasama dan saling mempercayai antara satu sama lain.

"Pihak kami berjanji akan menyokong dan menguruskan kariernya sebaik mungkin," kata Pengarah Urusan Keyeast, Yang Geun-hwan.

Selain Soo Hyun, syarikat berkenaan mempunyai seramai 33 artis residen termasuklah aktor, Bae Yong Joon, Goo Ha Ra, Park Seo Joon dan Lee Hyun Woo.

Tags / Kata Kunci: Hong Soo-hyun

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan