Gucci Jemput Jung Yong-hwa Ke Milan

Diterbitkan: Selasa, 19 Januari 2016 12:30 AM

Jung Yong-hwa

(Ubah saiz teks)

AHAD lalu, salah seorang anggota CNBLUE iaitu Jung Yong-hwa telah ke Milan, Itali bagi memenuhi jemputan majlis persembahan fesyen 2016 Gucci Men's Fall-Winter Collection.

Jung merupakan selebriti lelaki pertama dari Korea Selatan terlibat dengan acara fesyen di Itali.

"Selain mengembangkan kerjaya di pasaran Asia, populariti CNBLUE membuatkan Jung dijemput oleh jenama terkenal itu," kata sumber.

Jung baru saja pulang ke lapangan terbang antarabangsa Incheon selepas melakukan konsert jelajah di Bangkok, Thailand. Selesai persembahan tersebut, Jung terus ke Milan.

Dalam perkembangan lain, Jung baru sahaja melancarkan kolaborasinya bersama Sunwoo berjudul Empathy.

Tags / Kata Kunci: Jung Yong-hwa

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan