Song Il Gook Tarik Diri Daripada 'The Return of Superman'

Diterbitkan: Jumaat, 1 Januari 2016 12:30 AM

Song Il Gook bersama tiga anak kembarnya Daehan, Minguk (tengah) dan Manse (kanan).

(Ubah saiz teks)

PELAKON Song Il Gook dan tiga anak kembarnya, Daehan, Minguk dan Manse tidak akan kembali dalam musim terbaharu program realiti The Return of Superman.

Penerbit program berkenaan mengesahkan perkara itu dan memberitahu mereka baharu sahaja selesai menajalani rakaman episod terakhir pada 21 Disember lalu.

"Il Gook dan anak-anaknya merakamkan episod terkahir mereka beberapa hari lalu dan benar mereka tidak akan kembali dalam musim terbaharu.

"Episod terakhir mereka akan disiarkan pada Febuari depan," katanya memetik laporan Korea Times.

Terdahulu timbul spekulasi Song Il Gook akan menarik diri daripada siri popular itu namun tiada sebarang pengesahan dibuat ketika itu.

Kemunculan Daehan, Minguk dan Manse mula mendapat perhatian dengan gelagat lucu mereka sehingga mereka diangkat sebagai kanak-kanak paling popular di Korea Selatan.

Dalam pada itu, punca sebenar Il Gook menarik diri daripada program realiti itu adalah kerana dia ingin memberikan fokus kepada karier lakonannya.

"Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Daehan, Minguk dan Manse bersama bapa mereka dan melihat mereka bertiga membesar di hadapan kami.

"Sudah tentu kemunculan mereka akan dirindui namun produksi menghormati keputusan Il Gook yang ingin meneruskan karier lakonannya yang tergenadala sebelum ini," katanya lagi.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan