Park Min Young Hasrat Kahwin Umur 35 Tahun

Diterbitkan: Jumaat, 18 Disember 2015 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

PELAKON Park Min Young berazam untuk menamatkan zaman bujangnya pada usia 35 tahun.

Wanita yang kini berusia 30 tahun itu mengakui ia adalah umur yang tepat untuk mendirikan rumah tangga.

"Saya akan berkahwin pada usia 35 tahun, mungkin pada bulan Mei. Saya harap akan bertemu seorang lelaki yang sesuai dan memahami kerjaya saya sekarang," ujarnya.

Park Min Young berkata demikian ketika ditemuramah pada acara Stars From Korea yang ditayangkan di China.

Pelakon yang pernah bercinta dengan aktor popular Lee Min Ho ini memberitahu belum bersedia untuk menjalinkan hubungan cinta sekali lagi.

Dia kini sibuk dengan penggambaran drama Remember bersama Yoo Seung Ho.
Tags / Kata Kunci: Park Min Young

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan