Hani EXID Artis Paling Kerap Muncul Di Program TV

Diterbitkan: Khamis, 17 Disember 2015 12:30 AM

Hani EXID

(Ubah saiz teks)

POPULARITI Hani EXID naik mendadak selepas foto menerusi aplikasi fancam menjadi viral di media sosial. 

Perkara tersebut juga membuatkan wanita ini menjadi artis paling aktif apabila muncul di 19 program televisyen Korea Selatan.

Good Data Coorporatian mengeluarkan senarai selebriti paling kerap keluar di program televisyen sepanjang tahun 2015 menyaksikan nama Hani mengungguli semua selebriti lain.

"Dari 19 program televisyen sepanjang tahun ini, Hani tampil sebagai tetamu undangan. Dia juga menjadi topik paling hangat tahun ini," ujar perwakilan Good Data.

Sementara itu, Jang Dong Min menduduki tempat kedua dnegan 11 program, manakala Kim Gura di tempat ketiga 10 program.

Tiga tangga seterusnya diduduki oleh Kangnam, Kang Kyung Sung dan Minah Girl's Day dengan sembilan program.

Tags / Kata Kunci: Hani EXID

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan