IU Dihentam Netizen Kerana Imej Seksi - K Pop | mStar

IU Dihentam Netizen Kerana Imej Seksi

Diterbitkan: Jumaat, 4 Disember 2015 12:31 AM

IU

(Ubah saiz teks)

GARA-GARA berpakaian seksi dalam satu sesi fotografi majalah CG.Com, IU dikritik oleh golongan netizen di laman sosialnya.

Menurut laporan Koreaboo, imej penyanyi lagu Twenty-three itu dikatakan semakin berbeza dan menyifatkan dia sudah mula lupa daratan ekoran perubahan imej yang mendadak.

Menurut salah seorang netizen, IU sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada peminat-peminatnya dan namun dia seolah-olah tidak mempedulikan sensitiviti masyarakat Korea Selatan.

Difahamkan, IU mengubah imejnya lebih seksi gara-gara melihat rakan baiknya, Suli turut menggayakan fesyen sama sebelum ini.
Tags / Kata Kunci: IU

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan