Song Joong Ki Cedera Ketika Jalani Penggambaran - K Pop | mStar

Song Joong Ki Cedera Ketika Jalani Penggambaran

Diterbitkan: Ahad, 29 November 2015 12:30 AM

Song Joong Ki mengalami kecederaan ketika menjalani penggambaran drama bersiri Descendant of the Sun pada Jumaat lalu.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Song Joong Ki terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan agak serius ketika menjalani penggambaran drama bersiri berjudul Descendants of the Sun pada Jumaat lalu.

Soompi melaporkan Joong Ki mengalami kecederaan pada bahagian tangan dan kakinya dipercayai selepas melakukan aksi berbahaya menerusi salah satu babak dalam drama tersebut.

Bagaimanapun pihak pengurusan pelakon itu Blossom Entertainment dalam satu kenyataan memberitahu pelakon itu kini berada dalam kedaan stabil dan sudah pun dibenarkan keluar daripada hospital.

"Kecederaannya tidak serius seperti mana dilaporkan namun bagi mengelakkan sebarang masalah pihak produksi telah membawanya ke hospital untuk rawatan lanjut.

"Dia telah dibenarkan pulang dan sedang berehat dirumahnya," kata wakil syarikat tersebut.

Namun tidak didedahkan punca sebenar kejadian menimpa Joong Ki.

Tags / Kata Kunci: Song Joong Ki
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan