Keaslian Payudara Kahi Dipertikaikan

Diterbitkan: Jumaat, 27 November 2015 12:31 AM

(Ubah saiz teks)

SELEPAS melancarkan album mini berjudul Who Are You, penyanyi Kahi kini beralih kepada bidang lakonan dengan membintangi beberapa drama muzikal.

Lakonannya dalam salah satu drama muzikal berjudul Murder Balled mendapat perhatian penonton.

Menerusi drama tersebut Kahi membawa watak sebagai Sara dan melakonkan beberapa adegan mesra dengan gandingannya Kim Shin Eui.

Namun, melalui aksi yang menunjukkan bentuk tubuh wanita itu, ia dipersoalkan oleh netizen.

Rata-rata netizen mendakwa penyanyi berusia 35 tahun itu melakukan pembedahan payudara.

"Kelihatan payudara kepunyaan Kahi hanyalah silikon semata-mata, ia sangat menonjol dan yakin ia adalah palsu," ujar salah seorang penguna laman sosial.
Tags / Kata Kunci: Kahi

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan