Shin Min Ah Muncul Seksi Dalam 'Arena Homme'

Diterbitkan: Khamis, 26 November 2015 12:31 AM

Shin Min Ah

(Ubah saiz teks)

PELAKON Shin Min Ah muncul dalam aksi yang agak seksi dan kelihatan seperti terdedah untuk keluaran Disember majalah Arena Homme.

Dalam aksinya itu aktres tersebut dilihat berimej separuh bogel dengan hanya memakai sut dan juga kot.

Pada pandangan pertama, pelakon itu seolah-olah memberikan ilusi bahawa dia sebenarnya sedang berbogel dengan imej seorang bintang ternama.

Dalam majalah itu dia turut bercerita ketika umurnya 30 tahun yang dilalui tahun lalu.

"Apabila saya menginjak usia 30 tahun, saya bercakap pada diri saya yang kehidupan ini lebih baik pada usia 20an. Adakah saya boleh melalui lagi trend itu?

"Saya mula bimbang dengan kehidupan sebenar saya pada usia 30an dan apakah akan jadi pada usia 40an nanti?” soalnya. – All Kpop
Tags / Kata Kunci: Shin Min Ah

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan