Rain Berjanji Akan Umumkan Perkahwinannya Sendiri

Diterbitkan: Ahad, 22 November 2015 12:00 AM

Rain dan Kim Tae Hee

(Ubah saiz teks)

TEKA-TEKI mengenai gosip perkahwinan Rain dengan Kim Tae Hee akhirnya terjawab apabila penyanyi dan pelakon itu membuat kenyataan sendiri di Instagram miliknya.

Menurut laporan Soompi, Rain menafikan laporan media yang disebarkan dan berjanji akan mengumumkan berita baik itu sekiranya ia benar-benar berlaku.

"Sejak akhir-akhir ini saya lihat terlalu banyak berita mengenai saya kononnya akan berkahwin tidak lama lagi.

"Perkahwinan adalah perkara sangat serius yang akan berlaku sekali sahaja dalam hidup kita. Apatah lagi ia adalah satu tanggungjawab yang besar.

"Saya menghormati peminat-peminat saya yang juga tertanya-tanya tentang perkara ini dan berjanji akan mengumumkan perkara ini sendiri sekiranya ia benar-benar berlaku," katanya.

Sementara itu, Rain turut merancang untuk bertemu dengan peminat-peminatnya pada 11 Disember depan pada acara The Squall 2015-2016 Rain in Seoul di SK Handball Gymnasium, Seoul Olympic Park.

Manakala Tae Hee pula sibuk dengan drama Yong Pal yang masih lagi sedang dalam penggambaran.

Tags / Kata Kunci: Rain

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan