Lee Hong Ki Berjanji Mahu Berhenti Merokok - K Pop | mStar

Lee Hong Ki Berjanji Mahu Berhenti Merokok

Diterbitkan: Jumaat, 20 November 2015 12:25 AM

Lee Hong Ki berazam untuk meninggalkan tabiat merokok.

(Ubah saiz teks)

ANGGOTA kumpulan FT Island Lee Hong Ki berjanji kepada peminat-peminatnya untuk berhenti merokok.

Menurut laporan Soompi, Hong Ki berazam untuk meninggalkan tabiat buruk itu selepas namanya tersenarai sebagai artis paling popular menerusi apalikasi Naver's V pada Selasa lalu.

"Semalam (Selasa) saya telah berjanji pada diri bahawa sekiranya saya disenaraikan artis paling popular saya berazam untuk berhenti merokok.

"Niat itu adalah benar, bukan mahu meraih publisiti atau sebaliknya," katanya.

Tambahnya, dia tahu, perkara itu pasti sukar untuk dilakukannya, tetapi dia tetap akan cuba untuk menjalani kehidupan lebih sihat selepas ini.

Tags / Kata Kunci: Lee Hong Ki

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan