Raina Bakal Cipta Lagu Sendiri - K Pop | mStar

Raina Bakal Cipta Lagu Sendiri

Diterbitkan: Khamis, 19 November 2015 12:32 AM

(Ubah saiz teks)

SELEPAS setahun tanpa lagu solo, Raina bakal membuat kemunculan semula menerusi lagu baharu yang akan diumumkan nanti.


Menurut laporan Soompi, Raina akan sibuk dengan kerja-kerja rakaman bermula 18 November 2015, dan ia pasti ditunggu-tunggu peminat selepas kali terakhir dia muncul dengan lagu You End, And Me pada Oktober 2014.

Difahamkan, untuk lagu baharunya nanti, Raina sendiri akan menghasilkan lagunya sendiri berkonsepkan pop balada.

Tahun lalu, Raina turut mendapat perhatian ramai apabila laginya bersama San-E iaitu A Midsummer Night's Sweetness cukup popular dan diminati ramai.

Tags / Kata Kunci: Raina
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan