Kang Dong Won & Jung Yumi Main Cinta Di Instagram

Diterbitkan: Ahad, 1 November 2015 12:30 AM

Kang Dong Won dan Jung Yumi ditangkap bermain cinta di Instagram.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Kang Dong Won dan Jung Yumi dikatakan mempunyai hubungan istimewa selepas pasangan itu dilihat bermain cinta di Instagram.

Allkpop melaporkan kedua-dua selebriti itu sering berbalas komen di antara satu sama lain dengan kata-kata romantis sehingga menimbulkan keraguan pelbagai pihak termasuk peminat mereka.

Malah Jung Yumi dalam satu postingnya baru-baru ini memuat naik gambar perkara kegemarannya yang dipercayai mempunyai persamaan dengan Dong Won.

Gara-gara perkara tersebut mula  mendapat perhatian netizen telah memaksa pihak pengurusan artis berkenaan mengeluarkan kenyataan dan menafikan selebriti berkenaan mempunyai hubungan cinta.

"Gosip mereka bercinta tidak benar dan Jung Yumi sendiri masih solo," kata wakil tersebut dalam satu kenyataan media.

Tags / Kata Kunci: Kang Dong Won , Jung Yumi

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan