Kiko Perjelaskan Isu Bercinta Dengan G-Dragon

Diterbitkan: Rabu, 14 Oktober 2015 12:30 AM

G-Dragon dan Kiko

(Ubah saiz teks)

BEBERAPA bulan lalu, media Korea Selatan tidak henti-henti melaporkan bahawa G-Dragon dan model Mizuhara Kiko sedang bercinta, berpisah dan kemudian menjalinkan hubungan semula.

Bagaimanapun menurut laporan Allkpop, Kiko dengan sendirinya menjelaskan status hubungan mereka yang sebenar.

Dalam sebuah acara di Hong Kong, Kiko telah ditanya mengenai perhubungannya dengan ahli kumpulan Big Bang itu, namun kata Kiko, mereka hanya kawan.

"Kami hanya berkawan dan saya tidak kisah mengenai perkara yang dilaporkan itu.

"Tetapi lelaki yang suka membuat saya ketawa adalah ciri-ciri lelaki idaman saya," katanya.

Tambah Kiko, dia tidak mempunyai perancangan berkahwin buat masa ini.
Tags / Kata Kunci: G-Dragon , Mizuhara Kiko

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan