Rain Tubuh Syarikat Pengurusan Urus Karier Seni

Diterbitkan: Selasa, 13 Oktober 2015 12:30 AM

Rain telah menubuhkan syarikat pengurusannya sendiri iaitu Rain Company selepas meninggalkan agensi Cube Entertainment pada September lalu.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI dan pelakon Rain dilaporkan telah membuka syarikat pengurusan miliknya sendiri selepas mengumumkan menarik diri dari Cube Entertainment pada September lalu.

Korea Herald melaporkan, Rain atau nama sebenarnya Jung Ji Hoon turut menandatangani kontrak bersama syarikat yang diberi nama Rain Company bagi menguruskan kerjaya seninya pada masa hadapan.

"Rain telah menandatangani dengan Rain Company pada 1 Oktober lalu," kata wakil syarikat berkenaan dalam satu kenyataan media.

Dalam pada itu, tidak seperti syarikat pengurusan lain, Rain Company akan mewujudkan pasukan berbeza bagi menguruskan penyanyi, pelakon, model termasuk melantik William Morris Endeavor Entertainment untuk urusan berkaitan filem di Amerika Syarikat dan Korea Selatan.

"Kebiasaannya agensi lain tidak mewujudkan pasukan berbeza tetapi Rain memilih untuk berbuat demikian agar perjalanan syarikat berkenaan berjalan lancar," kata kenyataan itu lagi.

Rain yang juga selebriti lelaki paling terkenal di Korea Selatan pernah menghasilkan tujuh buah album, 28 single dan konsert jelajah di seluruh dunia.

Manakala Rain pernah berlakon dalam filem di Hollywood seperti Speed Racer dan Ninja Assasin dan dia juga terkenal menerusi drama bersiri Full House pada 2004.

Tags / Kata Kunci: Rain , Rain Company

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan