JinE (Oh My Girl) Pernah Hidap Anoreksia

Diterbitkan: Isnin, 12 Oktober 2015 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

SALAH seorang ahli kumpulan Oh My Girl  iaitu JinE mendedahkan pernah dikejarkan ke hospital kerana menghidap penyakit anoreksia akibat mengamalkan diet keterlaluan.

Amalan diet keterlaluan itu adalah sebagai persiapan untuk kemunculan semula kumpulan Oh My Girl bagi single terbaharu mereka Closer.

Dalam satu temuramah di TBReport baru-baru ini, dia mengakui menghidap anoreksia merupakan pengalaman paling buruk yang pernah dilalui.

"Saya seorang yang mudah untuk naik berat badan. Saya sentiasa melihat foto lama yang menjadikan cabaran untuk saya menjadi kurus seperti dahulu.

"Saya melakukan diet tersebut semata-mata ingin membuatkan penonton kagum dan menunjukkan sisi cantik ketika mempromosikan single kami Closer.

"Saya melakukan diet secara mengejut, tidak makan dan hanya ambil proten, saya juga melakukan senaman yang tidak teratur menyebabkan badan saya tidak boleh terima dengan amalan tersebut," ujar JinE.

Bagaimanapun JinE berkata, dia berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 9 kilogram dalam masa dua bulan.

Dalam pada itu, JinE berkata, biarpun mencapai matlamat untuk kurus, namun kesihatannya terganggu dan sering muntah-muntah.

Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk berhenti diet tersebut dan menunjukkan sisi sebenarnya di atas pentas persembahan.

Tags / Kata Kunci: JinE

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan