Hong Jin Young Kemalangan Dilanggar Lori

Diterbitkan: Sabtu, 10 Oktober 2015 12:30 AM

Hong Jin Young terlibat dalam kemalangan selepas pulang daripada mengadakan persembahan pada awal pagi Jumaat.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Hong Jin Young dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan pada awal pagi Jumaat lalu selepas kereta yang dinaikinya bertembung dengan sebuah lori.

Soompi melaporkan kejadian berlaku kira-kira pukul 1 pagi ketika Jin Young dalam perjalanan pulang ke Seoul selepas mengadakan persembahan di Busan.

Bagaimanapun Jin Young dan beberapa penumpang lain dalam kenderaan sama tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Mereka semua telah dibawa ke hospital untuk memastikan tiada kecederaan dalaman berlaku dan syukur mereka semua selamat," kata wakil syarikat pengurusannya.

Tags / Kata Kunci: Hong Jin Young

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan