Shin Min Ah & Kim Woo Bin Dedah Foto Berdua - K Pop | mStar

Shin Min Ah & Kim Woo Bin Dedah Foto Berdua

Diterbitkan: Jumaat, 9 Oktober 2015 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

PASANGAN selebriti Shin Min Ah dan Kim Woo Bin mendedahkan foto berdua buat kali pertama selepas mengumumkan hubungan istimewa tersebut pada Julai lalu.

Foto yang diambil untuk pakaian jenama Giordano memperlihatkan aksi mesra mereka secara semula jadi dalam pakaian terbaharu jenama itu sebagai koleksi musim sejuk.

Dalam foto tersebut juga memperlihatkan model yang kini menjadi pelakon iaitu Shin Min meletakkan kepalanya di bahu Kim Woo Bin.

Koleksi baju sejuk tersebut dijangka mendapat sambutan hangat daripada peminat yang sentiasa menyokong hubungan cinta mereka itu.

Tags / Kata Kunci: Shin Min Ah , Kim Woo Bin
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan