Agensi Ambil Tindakan Salah Guna Foto Kyung Li

Diterbitkan: Rabu, 7 Oktober 2015 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

SYARIKAT pengurusan Star Empire akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penyalahgunaan gambar salah seorang artis di bawah naungan mereka iaitu anggota kumpulan Nine Muses, Kyung Li.

Penggunaan foto Kyung Li dikesan pada 23 September lalu di sebuah festival universiti tanpa meminta keizinan pihak pengurusan dan artis berkenaan.

Pada 5 Oktober lalu, agensi tersebut mendedahkan sudah membuat aduan terhadap perkara itu di Ibu Pejabat Pendakwa Daerah Seoul Barat kerana melanggar undang-undang berkaitan promosi sistem rangkaian maklumat dan pemeliharaan maklumat.

"Kami akan mengambil tindakan tegas terhadap penyebaran gambar mana-mana artis di bawah agensi ini yang berniat jahat, kandungan fitnah dalam dan luar talian yang menjejaskan reputasi artis tersebut," ujar agensi itu menerusi satu kenyataan.
Tags / Kata Kunci: Kyung Li

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan