Sunye Sangkal Bersara Jadi Penyanyi Selepas Tinggalkan Wonder Girls

Diterbitkan: Selasa, 29 September 2015 12:30 AM

Sunye akan terus aktif dalam bidang seni selain bercadang untuk tampil dengan karier solo.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Sunye menyangkal dakwaan kononnya dia berhasrat untuk bersara daripada bidang seni selepas mengambil keputusan meninggalkan kumpulan Wonder Girls.

Allkpop melaporkan Sunye akan terus kekal aktif dan akan tampil solo apabila tiba masa sesuai.

"Berita saya bersara sama sekali tidak benar. Saya masih aktif dan sedang menanti peluang untuk tampil dengan karier solo," katanya.

Sunye berkahwin dengan James Park pada Januari 2013.

Pada Julai lalu, Sunye mengambil keputusan mengundurkan diri daripada Wonder Girls untuk memberi fokus kepada keluarga selepas berkahwin dengan James Park pada Januari 2013.

Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia dua tahun.

Dalam pada itu, Sunye tidak menolak bakal bergabung kembali bersama Wonder Girls pada masa hadapan.

"Saya rindu untuk mengadakan persembahan bersama mereka dan jika ada peluang sudah tentu saya terima," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Sunye , Wonder Girls

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan