Psy Bakal Buat Kemunculan Semula Akhir Tahun Ini

Diterbitkan: Khamis, 24 September 2015 12:00 AM

Psy
(Ubah saiz teks)

PENYANYI yang pernah menjadi fenomena menerusi lagu Gangnam Style, Psy kini sedang memberi fokus untuk muncul dengan produk muzik terbaharu.

Menurut laporan Soompi, selepas tiga tahun tanpa album, Psy bakal mengeluarkan album baharu yang dijangka akan dipasarkan akhir tahun ini.

Menurut agensi pengurusan penyanyi itu iaitu YG Entertainment (YGE), Psy begitu teliti dalam memilih lagu-lagu terbaik buat para peminatnya.

"Pihak kami belum menetapkan tarikh kemunculan album baharu Psy memandangkan kami masih lagi membuat pemilihan lagu terbaik," kata wakil YGE.

Kali terakhir Psy mengeluarkan album adalah pada Julai 2012 iaitu Psy 6 (Six Rules), Part 1.

Sejak Gangnam Style menjadi fenomena, Psy turut meraih kejayaan menerusi lagu Gentlemen dan Hangover.

Tags / Kata Kunci: Psy

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan