Lay (EXO) Tolak Hadiah Diberi Peminat

Diterbitkan: Isnin, 21 September 2015 12:29 AM

Lay (EXO) enggan menerima sebarang hadiah daripada peminat bersempena dengan hari jadinya yang ke 24 pada 7 Oktober depan.

(Ubah saiz teks)

ANGGOTA kumpulan EXO iaitu Lay menolak untuk menerima sebarang hadiah daripada peminat sempena hari jadinya pada 7 Oktober ini.

Soompi melaporkan Lay, 24, tidak mahu peminatnya membazir sebaliknya ingin mereka menggunakan wang tersebut dengan membantu orang lain yang lebih memerlukan.

"Kami sering bertanya kepada pihak pengurusannya iaitu SM Entertainment tetapi Lay memberitahu tidak akan menerima sebarang hadiah bersempena hari jadinya.

"Sebaliknya Lay meminta kami menggunakan wang berkenaan untuk kebaikkan orang lain seperti menderma kepada orang susah atau pun melakukan aktiviti melibatkan penyertaan masyarakat," kata salah seorang peminatnya di laman sosial Instagram.

Dalam pada itu, peminat setia penyanyi itu memuji tindakan Lay dan menggelarnya sebagai seorang yang berhati mulia.

Tags / Kata Kunci: Lay , EXO.

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan