Park Shin-hye Mahu Segera Tamatkan Pengajian

Diterbitkan: Ahad, 20 September 2015 12:00 AM

Park Shin-hye

(Ubah saiz teks)

PERNAH menangguh pengajian selama setahun demi mengukuhkan kerjaya seni, aktres Park Shin-Hye yang merupakan penuntut jurusan teater dan filem di Universiti Chungang nekad mahu menamatkan pengajiannya dengan segera.

Menurut laporan kpopherald, perkara itu membuatkan Shin-Hye bakal bergelar graduan univertiti berkenaan pada Februari tahun depan.

"Tempoh setahun adalah satu jangka masa yang terlalu lama dan memandangkan kerjaya seni saya sudah stabil, saya tidak mempunyai masalah untuk segera menamatkan pengajian saya," katanya.

Kenyataan itu dibuat menerusi syarikat pengurusan pelakon filem Miracle In Cell No. 7 itu iaitu SALT Entertainment.

Selain Shin-Hye, pelakon Kim Soo-hyun, Hyun Bin, Jang Na-ra dan Yoon Eun-hye turut menyambung pengajian dalam jurusan dan universiti yang sama.

Tags / Kata Kunci: Park Shin-hye

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan