Stesen TV Korea Selatan Haramkan 10 Muzik Video

Diterbitkan: Jumaat, 18 September 2015 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

BIARPUN peminat-peminat sesebuah kumpulan muzik Korea boleh menonton muzik video lagu kegemaran mereka di laman YouTube, namun tidak semua video lagu popular mendapat tayangan di stesen televisyen negara itu.

Terdapat beberapa lagu hit daripada kumpulan muzik popular yang tidak layak atau diharamkan oleh stesen televisyen kerana dianggap tidak menepati piawaian dan syarat tayangan yang ditetapkan.

Antara lagu popular berjudul Bae Bae yang dilancarkan empat bulan lalu nyanyian kumpulan Big Bang telah diharamkan tayangannya dengan alasan terlalu menjurus ke arah golongan dewasa sahaja.

Selain Big Bang, kumpulan Stellar menerusi lagu Vibrator, Mommae nyanyian Jay Park dan As Long as You're Not Crazy  nyanyian Infinite H, turut diharamkan kerana dianggap terlalu intim dan hanya sesuai untuk klasifikasi penonton berusia lebih 19 tahun.

Video muzik kumpulan Dalshabet dengan lagu berjudul Joker yang dilancarkan pada April lalu turut diharamkan kerana terlalu seksi dan menyebut perkataan lucah.

Selain itu juga, lagu Gentleman nyanyian Psy turut diharamkan oleh stesen televisyen terbesar Korea, KBS kerana adegan menendang kon di jalan raya dan memandang kemara sambil ketawa dianggap sebagai kurang ajar terhadap peraturan ditetapkan kerajaan.

Begitu juga, muzik video lagu Catalena nyanyian Orange Caramel dianggap tidak layak ditonton kerana memaparkan adegan ahli kumpulan itu menutup muka ahli yang lain menggunakan plastik dan dianggap sebagai salah satu cara pembunuhan.

Sementara itu, klip video nyanyian Zico berjudul Tough Cookie disifatkan terlalu kasar dan klip video Norazo nyanyian Fortune dikatakan menonjolkan terlalu banyak tatu.

Berikut ini 10 muzik video lagu popular korea yang tidak ditayangkan di stesen televisyen.

1. Bae Bae - Big Bang
2. Vibrator - Stellar
3. Joker - Dalshabet
4. Gentleman - Psy
5. Catalena - Orange Caramel
6. One More - Fiestar
7. As Long as You're Not Crazy - Infinite H
8. Tough Cookie - Zico
9. Norazo - Fortune
10.Mommae - Jay Park
Tags / Kata Kunci: PSY , Bing Bang

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan