CNBLUE Mahu Dilihat Sebagai Kumpulan Rock

Diterbitkan: Khamis, 17 September 2015 12:30 AM

CNBLUE baharu sahaja muncul dengan album terbaharu mereka yang berjudul 2gether.

(Ubah saiz teks)

KUMPULAN CNBLUE enggan dilihat sebagai sebuah kumpulan idol yang memperjuangkan muzik kpop sebaliknya mahu dipandang sebagai sebuah grup rock.

Ketua kumpulan itu, Jung Yong Hwa berkata, mereka bukan malu dilabel sebagai bintang kpop tetapi sebaliknya meminta peminat tidak prejudis terhadap muzik diperjuangkan mereka.

"CNBLUE mencipta lagu sendiri malah bermain muzik secara 'live' ketika persembahan dan masih dilabel sebagai bintang kpop selain tidak dipandang serius.

"Sehingga hari ini kami masih dibayangi dengan kenyataan yang kami bukan kumpulan rock tetapi kami tidak terlalu memberi fokus kepada perkara itu," katanya seperti dilaporkan Korea Herald.

Kumpulan itu baharu sahaja melancarkan album kedua mereka iaitu 2gether pada Isnin lalu.

Dalam pada itu, Yong Hwa berkata, buah tangan terbaharu mereka itu adalah hasil karya mereka sepenuhnya dan berharap peminat menyukai album berkenaan.

"Banyak yang kami curahkan menerusi album berkenaan dan berharap dapat mengadakan persembahan di festival rock," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: CNBLUE

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan