Lagu 'Only You' Nyanyian miss A Paling Banyak Dimuat Turun

Diterbitkan: Isnin, 31 Ogos 2015 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

KUMPULAN miss A menerusi single berjudul Only You berjaya menjadi lagu terlaris sepanjang tahun 2015.

Sejak dilancarkan pada Mac lalu, Only You berjaya menduduki tangga pertama carta-carta lagu Korea Selatan. Kini, miss A kembali membuktikan populariti mereka apabila menjadi lagu paling banyak di muat turun secara online.

Lagu Only You telah dimuat turun sebanyak lebih sejuta kali di salah satu laman web muzik negara itu.

Sementara itu, kumpulan popular Sister berjaya menduduki tempat kedua dengan lagu mereka Shake It. Manakala EXID menduduki tempat ketiga dengan jumlah 800,000 dimuat turun.

Dalam pada itu, AOA, Mamamoo, Red Velvet dan G-Friend berada di tangga seterusnya.
Tags / Kata Kunci: miss A , Only You

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan