Video Promosi Korea Selatan Viral Kerana Lee Min Ho

Diterbitkan: Ahad, 30 Ogos 2015 1:30 AM

Video promosi pelancongan Korea Selatan yang menampilkan aktor Lee Min Ho mendapat sambutan.

(Ubah saiz teks)

POPULARITI pelakon Lee Min Ho bukan sahaja di negara asalnya iaitu Korea Selatan tetapi meledak di seluruh dunia.

Jadi tidak hairan Kementerian Pelancongan Korea Selatan memilih Min Ho sebagai duta bagi mempromosikan sektor pelancongan negara itu.

Tampil dalam video promosi keindahan Korea bertajuk Korea Your Story, ia menjadi viral dan ditonton lebih 10 juta dalam masa singkat di Youtube.

Video berdurasi 1:15 saat itu diarahkan oleh Wayne Peng dan menjalani penggambaran di Pulau Jeju.

Ia dihasilkan bagi menarik minat pelancong terutamanya golongan belia melawat negara berkenaan dan strategi menggunakan Min Ho membuahkan hasil.

Tags / Kata Kunci: Lee Min Ho.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan