Ha Ji Won Lakonkan Babak Cium Tidak Sepenuh Hati - K Pop | mStar

Ha Ji Won Lakonkan Babak Cium Tidak Sepenuh Hati

Diterbitkan: Jumaat, 21 Ogos 2015 12:30 AM

Ha Ji Won

(Ubah saiz teks)

PELAKON Ha Ji Won mengakui adegan cium yang dilakonkan bersama aktor Joo So Won dalam dramaTime We Were Not In Love dibuat dengan tidak sepenuh hati.

Ha Ji Won berkata, ketika menjalani penggambaran tersebut, dia terlalu penat dan tidak dapat melakukannya dengan baik.

"Kami berlakon babak itu pada pukul 3 pagi dan saya akui sudah terlalu penat dan tidak mampu memberikan yang terbaik untuk adegan itu," ujarnya.

Ha Ji Won berkata demikian ketika diminta mengulas tentang babak ciumnya dalam drama itu yang dikritik oleh segelintir peminat.

Peminat menganggap bibir Ha Ji Won dilihat tidak bergerak dan hanya dilihat sekadar menempel ketika melakukan adegan tersebut.

"Saya fikir jika babak itu dilakukan lebih awal, mungkin saya dapat lakukan dengan lebih baik," ujarnya.

Drama bersiri milik SBS ini menceritakan kisah pasangan kekasih yang menghabiskan masa bersama. Pada awalnya hubungan mereka hanya sahabat, namun bertukar menjadi pasangan kekasih.

Tags / Kata Kunci: Ha Ji Won
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan