Peminat Sekat Lee Min Ho Ke Tandas - K Pop | mStar

Peminat Sekat Lee Min Ho Ke Tandas

Diterbitkan: Isnin, 17 Ogos 2015 12:00 AM

Lee Min Ho

(Ubah saiz teks)

LEE MIN HO antara selebriti Korea Selatan yang mempunyai populariti yang luar biasa di negara China.

Setiap kali berada di negara itu, ratusan peminat yang akan mengerumuni Min Ho kemana saja dia pergi.

Sehinggakan pada satu kejadian baru-baru ini, Min Ho dikerumuni peminat-peminat setibanya dia di China, membuatkan dia sukar untuk bergerak. Malah, mahu ke tandas pun Min Ho disekat.

Menerusi temubual dalam program Night of TV Entertainment, salah seorang wakil daripada industri hiburan China berkata, saat itu, Min Ho terpaksa meminta bantuan polis untuk membawanya ke tandas.

Tags / Kata Kunci: Lee Min Ho
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan