Stesen TV Gam Lagu G-Dragon Kerana Lirik Berunsur Lucah - K Pop | mStar

Stesen TV Gam Lagu G-Dragon Kerana Lirik Berunsur Lucah

Diterbitkan: Sabtu, 15 Ogos 2015 12:31 AM

G-Dragon dan Top berkolaborasi menerusi lagu Zutter

(Ubah saiz teks)

SELEPAS lima hari single lagu kolaborasi G-Dragon dan Top berjudul Zutter dilancarkan, stesen penyiaran KBS (Korean Broadcasting System) menganggap lagu tersebut tidak layak disiarkan di stesen TV berkenaan kerana mengandungi lirik berunsur lucah.

Bagaimanapun, syarikat rakaman YG Entertainment yang dinaungi dua penyanyi itu berkata tidak akan mengubah lirik tersebut semata-mata mahu mengikut kehendak stesen TV berkenaan.

"Tiada sebarang pengubahsuaian yang akan dibuat. Lagu tersebut bergenre Hip Hop di mana video muziknya sudah diklasifikasikan sebagai 'Rated R' (terhad),"  kata wakil YG Entertainment kepada Star News.

Sejak 4 Ogos llalu, klip video Zutter di Youtube telah mencecah sehingga 7 juta tontonan.

Zutter merupakan lagu kolaborasi G-Dragon dan Top, di mana mereka juga merupakan anggota kumpulan Big Bang.

Lagu tersebut turut dimuatkan dalam album keempat Big Bang berjudul Made yang baru dilancarkan pada bulan lepas.

Dalam perkembangan lain, Big Bang kini sedang sibuk menjayakan konsert  jelajah antarabangsa di beberapa negara Asia dan Eropah.

Tags / Kata Kunci: Zutter
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan