Gara-Gara 'Beauty Inside' Han Hyo Joo Cium 13 Aktor - K Pop | mStar

Gara-Gara 'Beauty Inside' Han Hyo Joo Cium 13 Aktor

Diterbitkan: Sabtu, 8 Ogos 2015 12:31 AM

Han Hyo Joo

(Ubah saiz teks)

SEMAKIN dekat tayangan filem baharu Korea, Beauty Inside iaitu pada 20 Ogos ini, ia terus menjadi perhatian ramai.

Menurut laporan Hancinema, jika pelakon watak utama wanita hanya melakonkan babak cium dengan seorang atau dua pelakon lelaki gandingannya, bintang Beauty Inside iaitu Han Hyo Joo pula melakonkan babak cium dengan 13 aktor yang berbeza.

"Sepanjang penggambaran, saya terpaksa berlakon untuk bercium dengan 13 aktor yang berbeza termasuklah dengan pelakon Kim Sang Ho dan Kim Dae Myung," katanya.

Menerusi filem tersebut, Hyo Joo melakonkan sebagai Hong Yi Soo yang jatuh cinta dengan Woo Jin. Peliknya dalam filem itu Woo Jin akan bertukar wajah menjadi lelaki yang berbeza setiap kali bangun daripada tidur.

Selain  Hyo Joo dan Woo Jin, Beauty Inside   turut dibintangi Park Shin Hye, Park Seo Jun, Seo Kang Joon, Lee Dong Wook, Lee Hyun Woo, Yoo Yeon Seok, dan Juri Euno.
Tags / Kata Kunci: Han Hyo Joo

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan