Kim Tae Hee Elak Soalan Mengenai Rain - K Pop | mStar

Kim Tae Hee Elak Soalan Mengenai Rain

Diterbitkan: Isnin, 3 Ogos 2015 12:30 AM

Kim Tae Hee enggan menjawab mengenai hubungannya dengan Rain.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Kim Tae Hee mengelak untuk menjawab soalan mengenai hubungan cintanya dengan aktor Rain biarpun hal itu bukan lagi satu rahsia.

Tae Hee bagaimanapun menegaskan cerita mengenai hubungan tersebut tidak pernah datang daripada mulut mereka dan ia hanya andaian semata-mata.

"Ia bukan perkara baharu dan saya tidak boleh jawab dengan siapa saya akan kahwin pada akhirnya nanti," katanya.

Tae Hee berkata demikian selepas ditanya mengenai perancangan perkahwinan dengan Rain ketika ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri terbaharunya berjudul Yong Pal Yi.

"Pelancaran hari ini mengenai drama terbaharu saya, lebih baik kita bercakap mengenainya.

"Tentang isu lain saya tidak boleh jawab kerana ia semua dakwaan dan boleh mengelirukan peminat nanti," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Kim Tae Hee , Rain
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan