Bora Disangka Tidak Berseluar Ketika Di Lapangan Terbang

Diterbitkan: Ahad, 2 Ogos 2015 4:00 AM

Bora

(Ubah saiz teks)

AHLI kumpulan Sistar, Bora dikecam oleh segelintir pengikut laman sosial apabila disangka tidak memakai seluar ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon pada Jumaat lalu.

Wanita yang dalam perjalanan ke Los Angeles bagi mengikuti festival muzik KCON 2015 itu bergaya kasual dengan hanya memakai baju-t labuh dan berseluar pendek.

Bagaimanapun, seperti kelihatan di gambar yang diambil oleh jurufoto dan peminat-peminatnya, dia disangka tidak memakai seluar dan sengaja untuk menayang peha dan kakinya.

Bora disangka tidak berseluar.

Dalam foto-foto yang tersebar, ramai netizen yang mengkritik penampilan artis tersebut dan menganggap sebagai tidak sesaui untuknya.

Selain itu, terdapat juga netizen yang mengkritik gaya rambut wanita tersebut yang dikatakan tidak sesuai dengan imejnya.
Tags / Kata Kunci: Bora

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan